DATE OF BIRTH : 15 November 2006 ( 1.02 AM )
PLACE OF BIRTH : PPUM
Alhamdulillah...sepanjang ibu mengandung, AFIQ memang anak yang x byk karenah. Ibu betul2 kuat sewaktu AFIQ dlm kandungan. Ibu siap boley buat 'open house' untuk menjamu kengkawan masa raya hari tu sedangkan tinggal berapa hari sahaja lagi AFIQ nak kuar melihat dunia.
Pada hari Isnin 13 November 2006, ibu ke PPUM untuk menjalani pemeriksaan dan Doktor mengesahkan air ketuban ibu dah kurang.... ibu terpaksa ditahan wad kerana Doktor menyarankan agar ibu di 'induse' demi keselamatan bayi dlm kandungan. Esoknyer 14 November 2006 ( 9.00 am ) ibu di bawa masuk kebilik untuk pemeriksaan dan untuk di 'induse'...huhu.. Selepas 1 jam ibu disuruh berjalan2 untuk menggalakkan pembukaan servik. Jam 3.00 petang ibu sudah disuruh untuk baring sahaja dikatil kerana Doktor akan memecahkan air ketuban. Ibu mula merasakan sakit sejak dr 4.00 petang hinggalah 8.00 malam....oleh kerana kesakitan yang teramat, ibu bersetuju untuk mengambil bius 'epidural' baru lah ibu dpt tidur dan simpan tenaga untuk meng'push' AFIQ nanti.
Jam 12.45 malam adalah masa pertarungan.... dan akhirnya jam 1.02 pagi, AFIQ selamat dilahirkan secara normal. Berat sewaktu lahir 2.8kg dan alhamdulillah semuanya selamat. Ibu hanya dimasukkan ke wad dlm lebih kurang 10 jam shj. Ini kerana Doktor melihat ibu sihat....dan akhirnyer ibu keluar dr wad PPUM untuk pulang kerumah
Kepada rakan2 dan sedara mara yang hadir..ibu ucapkan Terima Kasih This photo grab from NONA... TQ
patut la rasa mcm pernah ku lihat baby afiq ni, tapi di mana yaaa??? rupanyer ila ni kawan nona & aida ke...??? tuuu ada muka budak berdua tu terselit... hehehe... ntah cemana kak zie bleh tersesat sini ntah... jodoh pertemuan la tu kan... salam perkenalan tu afiq & co... *muahz*