 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
My little Prince
 By: Ibu Afiq
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 29-Aug-2008 02:35 |
Email | Share | Bookmark |
|
Geram & AFIQ 21 months...
|
|
Geram
Skrg ibu mempunyai masalah tuk mengupdate fp AFIQ ni...nak tau pasal apa?.....sbb semua kabel ibu kat opis ni kene geget tikus Tikus kat opis ni mmg educated la..... mknan yg kat pantry sikit pon dia x usik!!! pelik betul. Bukan ibunyer kabel sorang jer, opismate yg lenlain pon sama....huh. Ibu lom sempat nak beli kabel baru. Sebab tu jugak la ibu x dapat nak upload gambo2 AFIQ yg tersimpan lama ni Ibu cuma beli headfon je dulu sbb tu yg paling penting kat opis ni....kalo x de sure la ibu ngantuk sbb x leh nak layan lagu sambil buat keje.... Kepada rerakan sekalian, harap bersabar yer!! byk sebenarnyer gambar terbaru & gambar yg dah lapok si AFIQ ni...tp, apekan daya
AFIQnyer progress sepanjang 21 months...
Makin cerdik & lasak
Dah pandai sebut "I vee U"...... I LOVE U la tu
Kalo mengira 123, "three" yg dia paling suka sebut. Asal lepas two jer, cecepat dia sebut three. Tu jer yg paling jelas!!!
Alif Baa Taa pulak....tang "Baa" yang paling jelas, yang lain dia sebut ikut bahasa dia
Eeerrrmm ABC pulak, "Z" la yg paling jelas
Dah pandai main tembak2 AFIQ tau camne nak gayakan pistol. Siap meniarap sambil menembak...ni mmg kitorang x ajar rsnyer tgk citer perang pon x de...x tau mn dia dpt idea meniarap sambil tembak orang ntah!! Pastu pistol tu pulak bukan pistol menan tu.....kaki frame jer
Sejak tgk olimpik Beijing aritu....dia tau camne nak gayakan org angkat berat siap buat gaya dari mula org tu menonggeng nak angkat besi tu.....then terus keatas kepala...haha
Kalo suap makan mmg dia makan takat 2 @ 3 suap je...tp kalo bg dia makan sendiri.....hampir setengah pinggan gak dia leh makan
Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa....InsyaAllah kalo Allah beri kesihatan & kesejahteraan pada ibu...nampaknyer tahun ni penuh lagi la puasa ibu...insyaAllah. Sama cam masa ngandungkan AFIQ 2 thn lepas.....penuh puasa ibu. Semoga tahun ni dapat la lagi mempertingkatkan amalan2 baik....AMIN
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
Ramadhan: ertinya panas terik
Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
Di pilih untuk ibadat puasa.
Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)
Bulan penuh keberkatan
Amal sunat sama dengan solat fardhu
Solat fardhu mendapat 70 kali ganda
Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
Bulan menambah rezeki
Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam..
10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Menempah pakaian untuk Ramadhan
Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
Solat berjemaah setiap waktu
Solat jemaah di masjid/surau
Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
Sahur diwaktu akhir
Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
Mandi Janabat sebelum Imsak
Kurangkan tidur
Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
Tunaikan Solat Dhuha
Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
Tunaikan solat Rawatib
Jaga pacaindera
Elakkan gosok gigi pd waktu petang
hadiri majlis ilmu
Buat baik pd ibubapa
Isteri hendaklah taat pd suami
Banyakkan bersedekah
Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
Berbuka bersama org tua
Jemput tetamu berbuka
Kurangkan berat badan
Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
Baiki hubungan suami isteri
Baiki hubungan jiran
Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
Elakkan berbelanja berlebihan
Kuatkan kesabaran
Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
Berdoa dgn nada lembut dan merayu
Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
Melazimkan solat waktu
Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
Elakkan banyak berhutang
Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh
itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan
yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.
Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|